Jom layan sekencang angin tuh!!! klik bannner
Pada suatu hari, sekumpulan pelancong ingin menerokai sebuah Hutan di Malaysia. Mereka ingin melakukan penggambaran di hutan tersebut. Hutan tersebut banyak kenda keras. Jadi, para pelancong di nasihatkan supaya mengambil salah seorang daripada warga tempatan untuk di jadikan sebagai pemandu arah.
Mereka bertolak pada tengah hari, malangnya, destinasi yg di tuju masih lagi tidak di temui. Di sebabkan ramai yang terlalu penat dan tiada stamina, maka pemandu pelancong itu mengarahkan semua Krew penggambaran (pelancong) tersebut berteduh dan memasang khemah di satu kawasan berhampiran Sungai.
Pemandu pelancong itu sangat pemalas, beliau tidak membawa sebarang peralatan untuk mengembara. Beliau cuma memakai kain pelikat, sehelai baju pagoda dan bersenjatakan sebilah keris. Malah, beliau telah memberitahu bahawa beliau tidak boleh membina khemah sendiri kerana beliau telah di sumpah. Oleh sebab itu, khemah beliau terpaksa di sediakan oleh para Krew penggambaran (pelancong) tersebut.
Apabila hari beransur malam, beliau telah memanggil semua Krew penggambaran (pelancong) untuk sesi taklimat dan suai kenal. Jadi, mereka sangat gembira kerana mempunyai pemandu pelancong yg sangat hebat. Tiba-tiba....
Salah seorang dari Krew pengembaraan tersebut mengajukan soalan yang sangat mengejutkan pemandu Pelancong tersebut
"Kenapa Pakcik terkena Sumpahan? dan boleh ceritakan mengenai pengalaman Pakcik dalam arena perhutanan ini?"
Pemandu pelancong tersebut agak kaget. Walaubagaimanapon, beliau tetap menceritakan perkara sebenar. Begini ceritanya ......
:Anda semua nampak tak sungai di sana? nampak kan. tampak damai dan mengasyikkan. Di situ banyak binatang buas yang datang untuk berteduh dan mencari air untuk di minum. Pada suatu hari, Pakcik jalan-jalan di hutan, tiba2, pakcik terdengar bunyi dentuman. Seperti ada benda jatuh. Pakcik pon bergegas ke tempat kejadian. Pakcik terjumpa seekor gajah tumbang di tebing sungai. Pakcik pon pelik, tak ada kesan darah tembakan peluru penabur mahupon sumpitan orang asli." cerita Pemandu pelancong kepada mereka.
"Pakcik gunakan semua ilmu yang ada untuk mengenal pasti punca kejadian. Tanpa pakcik sedari, sepasang mata telah memerhatikan pakcik. Pakcik perasan ade orang usha pakcik. lalu pakcik pon berkata-kata dalam hati, "Apsal la benda ni tgk aku? aku nk tlg gajah ni ha...!!!" Tiba-tiba, pakcik ade rasa gigitan seekor semut di kaki pakcik. Pakcik dah agak dah..mesti benda "tu". Tapi pakcik lawan!! " Ceritanya lagi.
"Ku sangka kan hujan hingga ke petang, rupanya panas di tengah hari. Kesakitan pakcik kian memuncak. Lalu pakcik pandang ke bawah (kaki pakcik). Rupa-rupanya seekor semut hitam telah mengigit kaki pakcik. adoiiii!!! Korang ingat tak sakit ke? sakit gile!! ini bukan semut biasa. Ini adalah satu-satunya semut yang boleh bertutur dengan pakcik. Semut ini berkata, dia adalah punca mengapa Gajah Jantan tersebut jatuh pengsan." jelas pakcik tersebut.
"Korang mesti nak tahu kenapa si gajah jantan tersebut pengsan kan", ujar pakcik tersebut kepada Krew penggambaran (pelancong).
"Nak taw!!! cerita la pakcikkk!!" kata mereka dengan serentak.
"Semut tu cakap kat pakcik, yang die x tembak pon gajah tu. x gigit pon gajah tu. tapi dia cuma ingin berbincang dan memberitahu sesuatu." tambah pakcik tersebut.
Semut : Gajah, i nk bagitaw sumtin nih, tapi u jangan terkejut taw...!! taw!!
Gajah : Bagitaw je la. ingat i ni jenis pengecut dan lemah semangat ke? i ni, seekor gajah yang gagah, berani dan berjiwa kental. ce citer...ce citer...~!!!
Semut : nak cite la nih, bawak bertenang...hmmm.. ..berat mata memandang, berat lagi perut memikul... Sebenarnya, i mengandungkan anak u, gajah~
Gajah : *terus pengsan.
Krew penggambaran (pelancong) tersebut blurr... lantas berkata, Pakcik, camne bleh jadi camtuh??
Mana la pakcik taw. ingat pakcik gajah ke???? lol***
hahahha... itu je citenya.. Aku mengarut saje mengarut.. dalam cerita ade cerita. dari perbualan manusia hinggalah ke perbualan binatang. dari perbuatan manusia dan juga perbuatan binatang. Tapi ingat, jgn bernafsu seperti binatang!!!!
Gajah membuang bayi@janin
hahhaha...cuba la korang bayangkan macam mana rupanya klo semut tu mengandungkan anak gajah? adakah anak-anak mereka membentuk gajah yg kecik seperti semut? hahahahha... mujur la begitu, klo gajah mengandungkan anak semut? camne pulak? adakah kita akan tgk semut sebesar gajah???? hahhaha...
hahahhaa... macam ni punya gambo pon ade~